DEFINISI BIMBINGAN
* Bantuan yang diberikan oleh seseorang,
baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai
kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya
mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan
menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960).
* Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya
(Suradi, 1966).
(Suradi, 1966).
* Cara membantu orang lain atau suatu
usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al,
2006).
CIRI-CIRI BIMBINGAN
1. Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang.
Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak
sengaja dan sambil lewa.
2. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan serta tidak memaksa.
2. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan serta tidak memaksa.
3. Bimbingan yang diberikan ialah kepada
individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang
dihadapinya.
DEFINISI PENASIHATAN
* Zuraidah
(1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa
memikirkan perasaan individu yang terlibat.
* Gibson
dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan
maklumat baru dan berguna.
CIRI-CIRI PENASIHATAN
1. Berfokus kepada permasalahan yang
dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
2. Berbentuk arahan atau suruhan daripada
seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang
berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai
kelayakan dan pengiktirafan.
3. Memberi nasihat adalah strategi
yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu
meninggalkan kesan.
PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
- FASA 1: Kesedaran GURU sebagai pembimbing dan penasihat pelajar.
- FASA 2: Menguasai Kemahiran-Kemahiran Asas Bimbingan dan Penasihatan.
- FASA 3: Proses Mengenali Pelajar.
- FASA 4: Proses membimbing pelajar.
B.
Penerokaan
C.
Definisi
Masalah dan Membina Matlamat
D.
Alternatif
Penyelesaian dan Pelan Tindakan
E.
Melaksanakan
tindakan
F.
Penamatan
- FASA 5: Fasa Analisis Penilaian
PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN DAN
PENASIHATAN DENGAN KAUNSELING
BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
|
KAUNSELING
|
Berfokus kepada
masalah yang individu hadapi.
|
Berfokus kepada
individu yang bermasalah.
|
Boleh dilakukan
oleh sesiapa sahaja.
|
Dilaksanakan oleh
individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling.
|
Tindakan yang
diambil adalah secara ad hoc berdasarkan
keperluan.
|
Tindakan yang
diambil adalah dirancang secara bersistematik dan berstruktur.
|
Tindakan tidak
dipantau oleh penasihat.
|
Tindakan dipantau
secara berterusan oleh kaunselor
|
Masa yang diambil
singkat
|
Lebih banyak
masa diperlukan
|
Penolong pada
dasarnya benar-benar mengenali yang ditolong.
|
Penolong pada
dasarnya tidak mesti mengenali yang ditolong secara mendalam. |
DEFINISI MENTORING
* Daripada
perspektif umum, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu dengan individu/ramai yang akan meningkatkan tahap profesionalisme mantee.
* Sarah
Fletcher (2000) pula mengatakan mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan
tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan.
* Daripada
konteks pendidikan pula, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kaunseling dan penilaian, di masa guru berpengalaman (mentor) diberikan tanggungjawab untuk membantu guru baru (mantee) mendalami perkembangan
professional.
· Mentor – individu berpengalaman
· Mantee – individu/sekumpulan individu yang
ingin maju dalam bidang berkenaan
CIRI-CIRI MENTORING
1. Proses
pembelajaran yang aktif buat mantee.
2. Yang
dipentingkan adalah perkembangan personal dan professional yang berterusan.
3. Untuk
memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif.
4. Bertindakbalas
terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee.
5. Bertimbangrasa
dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan.
6. Menerima
kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
PROSES MENTORING
1. Menjalin perhubungan
2. Merundingkan persetujuan/ perjanjian
3. Perkembangan profesional mantee
4. Menamatkan perhubungan
ULASAN ISU/ PEKELILING
Pekeliling
di atas merupakan Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee di Sekolah. Pihak KPM
menyarankan agar pihak sekolah untuk melaksanakan Program Mentor-Mentee di
sekolah untuk memperkukuhkan lagi Amalan Guru Penyayang. Pelaksanaan program
ini juga haruslah merujuk kepada modul-modul yang telah disediakan. Modul ini
memberi penekanan kepada pengukuhan sifat kepedulian (concern) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Untuk memastikan program ini dilaksanakan
sepenuhnya di semua sekolah, pemantauan berterusan sepanjang tahun akan
dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri bersama-sama dengan Pejabat Pendidikan
Daerah.
Kesimpulannya,
semua pendidik perlu bijak memainkan peranan dalam melaksanakan tugas di sekolah dimana para pendidik perlu
fleksibel menukar peranan daripada mengajar kepada membimbing dan menasihatkan
kaunseling. Usaha ini penting untuk memastikan pelajar di sekolah terkawal,
bebas daripada masalah seperti stress dan kemurungan yang boleh mengundang hal tidak
diingini.
RUJUKAN
Azurah Razak. (2013). Pengurusan Penasihatan Murid. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/AzurahRazak/pengurusan-penasihatan-murid-18242709
Hasha Mocha. (2020). Pengurusan Penasihatan Murid: Proses Bimbingan dan Penasihatan. Diperoleh daripada https://hasyamocha.wordpress.com/2020/07/18/pengurusan-penasihatan-murid/
Tiwi Kamidin. (2004). Pendekatan Sistem Mentor Dalam Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah. Jurnal penyelidikan MPBI, 5, 56-64. Diperoleh daripada www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf
Muchlisin Riadi (2019). Mentoring (pengertian, fungsi, unsur, jenis dan tahap kegiatan. Diperoleh daripada https://www.kajianpustaka.com/2019/12/mentoring-pengertian-fungsi-unsur-jenis-dan-tahapan-kegiatan.html