Ahad, 18 April 2021

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


 


 
 
 
 
 DEFINISI BIMBINGAN
 
 * Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki  peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960).
 
*   Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya
(Suradi, 1966).
 
  *    Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al, 2006).  
 
 
 
 CIRI-CIRI BIMBINGAN
 
1.    Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara   kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa.

2.    
Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan serta tidak memaksa.
 
3.  Bimbingan yang diberikan ialah kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya. 
 
 
 




 DEFINISI PENASIHATAN
 
 *     Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.
 
*     Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna.

 
 CIRI-CIRI PENASIHATAN
 
1.  Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
 
2.  Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
 
3.  Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
 
 
 
  PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

  • FASA 1:  Kesedaran GURU sebagai pembimbing dan penasihat pelajar.
  • FASA 2:  Menguasai Kemahiran-Kemahiran Asas Bimbingan dan Penasihatan.
  • FASA 3:  Proses Mengenali Pelajar.
  • FASA 4:  Proses membimbing pelajar.
                    A.     Membina Hubungan
                   B.     Penerokaan
                   C.     Definisi Masalah dan Membina Matlamat     
                   D.    Alternatif Penyelesaian dan Pelan Tindakan    
                   E.      Melaksanakan tindakan     
                   F.      Penamatan
  • FASA 5:  Fasa Analisis Penilaian            
 
 
  PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN DAN PENASIHATAN DENGAN KAUNSELING


 
BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
KAUNSELING
Berfokus kepada masalah yang individu hadapi.
Berfokus kepada individu yang bermasalah.
Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling.   
Tindakan yang diambil adalah secara ad hoc berdasarkan      keperluan.
Tindakan yang diambil adalah dirancang secara bersistematik dan berstruktur.
Tindakan tidak dipantau oleh penasihat.                        

Tindakan dipantau secara berterusan oleh kaunselor

Masa yang diambil singkat

Lebih banyak masa  diperlukan

Penolong pada dasarnya benar-benar mengenali yang ditolong.            

Penolong pada dasarnya tidak mesti mengenali yang ditolong secara mendalam.
 
 
 
 
 
 DEFINISI MENTORING

*    Daripada perspektif umum, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu dengan individu/ramai yang akan meningkatkan tahap profesionalisme mantee.
 
*    Sarah Fletcher (2000) pula mengatakan mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar  dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan. 
 
*  Daripada konteks pendidikan pula, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kaunseling dan penilaian, di masa guru berpengalaman (mentor) diberikan tanggungjawab untuk membantu guru baru (mantee) mendalami perkembangan professional.    
 
·     Mentor – individu berpengalaman
·    Mantee – individu/sekumpulan individu yang ingin maju dalam bidang berkenaan
 
 
CIRI-CIRI MENTORING
1.   Proses pembelajaran yang aktif buat mantee.
2.  Yang dipentingkan adalah perkembangan personal dan professional yang berterusan.
3.   Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif.
4.  Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee.
5.  Bertimbangrasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan.
6.  Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
 
 
PROSES MENTORING
1.     Menjalin perhubungan
2.    Merundingkan persetujuan/ perjanjian
3.    Perkembangan profesional mantee
4.    Menamatkan perhubungan
 
 
 ULASAN ISU/ PEKELILING      
 
 

     
    Pekeliling di atas merupakan Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee di Sekolah. Pihak KPM menyarankan agar pihak sekolah untuk melaksanakan Program Mentor-Mentee di sekolah untuk memperkukuhkan lagi Amalan Guru Penyayang. Pelaksanaan program ini juga haruslah merujuk kepada modul-modul yang telah disediakan. Modul ini memberi penekanan kepada pengukuhan sifat kepedulian (concern) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Untuk memastikan program ini dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah, pemantauan berterusan sepanjang tahun akan dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri bersama-sama dengan Pejabat Pendidikan Daerah.
 
 Kesimpulannya, semua pendidik perlu bijak memainkan peranan dalam melaksanakan  tugas di sekolah dimana para pendidik perlu fleksibel menukar peranan daripada mengajar kepada membimbing dan menasihatkan kaunseling. Usaha ini penting untuk memastikan pelajar di sekolah terkawal, bebas daripada masalah seperti stress dan kemurungan yang boleh mengundang hal tidak diingini.
 
RUJUKAN
 
Azurah Razak. (2013). Pengurusan Penasihatan Murid. Diperoleh daripada            https://www.slideshare.net/AzurahRazak/pengurusan-penasihatan-murid-18242709 
 
Hasha Mocha. (2020). Pengurusan Penasihatan Murid: Proses Bimbingan dan Penasihatan. Diperoleh daripada https://hasyamocha.wordpress.com/2020/07/18/pengurusan-penasihatan-murid/

Tiwi Kamidin. (2004). Pendekatan Sistem Mentor Dalam Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah. Jurnal penyelidikan MPBI, 5, 56-64. Diperoleh daripada www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf
 
Muchlisin Riadi (2019). Mentoring (pengertian, fungsi, unsur, jenis dan tahap kegiatan. Diperoleh daripada https://www.kajianpustaka.com/2019/12/mentoring-pengertian-fungsi-unsur-jenis-dan-tahapan-kegiatan.html 
 
 
 
 
 
 

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

            DEFINISI BIMBINGAN    * Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki  peribadi dan pendidikan...